Label

Ahad, 27 April 2014

dia mEmPERSoalkan?

assalamualaikum,

hari ni pukul 15.20 a.k.a 3.20 nie.. dia tanya aku.. komen tentang diri dia.haih


aku masih blur! tak taw nak cakap pe..aku ni pemalu. dan paling susah nak jujur penakot kalau melibatkan rasa2 suka nie..jadi ble skali aku terlepas cakap tu plz la dgr dan faham. sebab aku susah nak cakap. aku ego bahasa mudahnya.

aku takut mengaku aku suka , berminat or ape dengan jantina yang berbeza. sebab bagi aku rasa suka tu akan datang dengan tanggungjawab. aku takut dengan kemungkinan yang terjadi jadi. aku akan sebut juga perkataan keramat bagi aku tu.

pada masa dan ketika yang paling selamat. masa yang dia adalah milik aku seorang. masa yang dia dah tak leh layan orang lain macam dia kena layan aku. orang kata aku rumit dan banyak fikir. sebenarnye aku de berjuta-juta klon aku.

aku akan jadi yang lain depand pada mood dan perasaan aku time tu. ye tu la aku. tq pada sesiapa yang menerima dan setia dengan aku yang pelik nie.

*so

berbalik pada komen yang dia nak. kenapa aku pilih dia? dan kenapa aku jawab kerana dia dah tau.

sebenarnye aku tidak profesional.aku pilih dia kerana aku rasa aku dah tersuka dia. aku pilih dia kerana aku rasa jodoh aku dengan dia. padahal yang tahu semua nie ialah Allah pencipta aku dan dia.

so, aku pown kunci bibir nie. x nak jujo kerana takot dibuai mimpi. aku akan bagitahu ketika aku dan dia bersatu. haha..ayat jiwang. kalaulah kawan2 aku kat luar terbaca blog nie..adoyai habis seh..

masalahnya sekarang. dia tanya soal kerja. pendapat aku pada dia perihal kerja. haih! memang masalah aku. senang cter dye kerja keras.. da aku tak reti jujur..klu terjujur kang panjang sangat plak...wiiii~